CINTA
SEGALANYA
Cinta…
bersopan
kurang ajar
beradab
biadab
saat-saat
gila
bersenda
dan bercanda
bercengkerama
dan berlaga
ketika
lupa Allah
Cinta…
zalim
penyayang
putus
sukar bersambung
gelak
meratap
ke
jinjang pelaminpun…
di
akhir temasya nanti
bukan
bersama ke pusara
seorang
tanggung derita tangis
dan
mengiringi rindu kronik
Cinta
tidak pernah mati
Cinta
terus menyeksa
Ada
waktu-waktunya….
perasaan
ini ingin sekali
hendak bertanya kepadaNya
“Kenapakah
segala cinta
dalam
jasad insani itu
tidak
dibunuh?”
Allah maha mengetahui
Allah maha mengetahui
Egunda
J0951pagi
indah dan cerah
14jun2012khamis
Ranau