Khamis, 30 Ogos 2012


CINTA SEGALANYA

Cinta…
bersopan  
kurang ajar
beradab
biadab
saat-saat gila
bersenda dan bercanda
bercengkerama dan berlaga
ketika lupa Allah

Cinta…
zalim
penyayang
putus sukar bersambung
gelak 
meratap
ke jinjang pelaminpun…
di akhir temasya nanti
bukan bersama ke pusara
seorang tanggung derita tangis
dan mengiringi rindu kronik

Cinta tidak pernah mati
Cinta terus menyeksa

Ada waktu-waktunya….
perasaan ini ingin sekali
hendak  bertanya kepadaNya
“Kenapakah segala cinta
dalam jasad insani itu
tidak dibunuh?”
Allah maha mengetahui

Egunda
J0951pagi indah dan cerah
14jun2012khamis
Ranau